Jaulah Bumi Allah Syam


Alhamdulillah telah selamat kembali ke bumi Mesir

Sedikit coretan kisah perjalanan kami berempat ke bumi Syam. Menarik,seronok dan banyak 'ibrah( pengajaran) yg boleh diambil sebenarnya jika kita digolongkan dalam golongan org2 yg berfikir.



Apa itu negara Syam?

Jika ditanya mana2 manusia, mereka akan mengatakan negara Syam sekarang ini ada 4. Jordan, Syria, Lubnan dan Palestin. Tetapi jika ditanya orang2 Arab yg tinggal di keempat-empat negara ini, mereka akan mengatakan Syam itu adalah Syria. Tetapi jika ditanya pula orang Syria apa itu Syam, mereka akan mengatakan Syam itu adalah Dimashq.

Hadith Nabi yg sahih pasal Syam :

عليكم بالشام ، فإنها صفوة بلاد الله ، يسكنها خيرته من عباده ، ومن أبى فليلحق بيمنه وليسق من غدره ، فإن الله قد تكفل لي بالشام وأهله

" Pergilah ke Negeri Syam, sesungguhnya ia adalah tanah Allah yg terpilih(mulia),Allah tempatkan di sana org2 yg terbaik dari kalangan hamba-hambaNya.Sesiapa yg enggan, pergilah atau tinggalah di Yaman ( yaman adalah org2nya bertutur dlm bahasa arab) dan berilah minum dari perigi2nya. Sesungguhnya Allah telah memberi jaminan kpdku dengan Syam dan penduduknya "


Perjalanan kami hanya sempat ke Jordan dan Syria. Tidak diberi rezeki untuk ke Lubnan apatah lagi negara yg dirindui,Palestin. Namun, tempat2 di kedua-dua buah negara ini pun sebenarnya belum sempat kami lewati sepenuhnya. Di Jordan, perjalanan kami di'guide' oleh Marwan Hadid. Di Syria, oleh Abu Ubaidah n the geng.

Antara tempat2 yg sempat kami ziarah di Jordan:

1. 'Aqabah
2. Wadi Rum
3. Petra
4. Jerash
5. 'Ajlun
6. Laut Mati

Manakala di Syria...

1. Bousra
2. Aleppo
3. Hama
4. Homs
5. Dimashq


Orang sana lembut2,peramah dan tidak kasar. Pernah satu ketika saya cuba meng'ignite' pertelingkahan dengan seorang penduduk disana (testing 'tarbiyah' rakyat Mesir) tentang sesuatu yg menjadi hak saya. Ternyata mereka cepat mengalah dan bertolak-ansur. Hatta kalau melihat dari sudut gaya percakapan mereka pun, intonasinya lentok dan lazat didengar telinga.

Satu perkara yang menarik yang saya lihat di Jordan n Syria ialah di mana2 tempat sekalipun( tandas tak la kot ), ada satu trend pembahagian. Mereka mengasingkan tempat2 untuk Family di suatu sudut dan yg belum berfamili di sudut yg lain. Tempat2 rekreasi mahupun restoran2 makanan. Siap ada signboard n jagaan polis lagi. Yang belum berfamili tak dibenarkan masuk. Bersirup darah Anas bengang tak dapat masuk..." Haih,kata untuk famili je....ni yg couple tak kawen lg pon boleh masuk jgk ni pehal?"

Banyak lagi sebenarnya kisah nak dikongsikan, tapi cukup dulu setakat ni...

Terima kasih saya ucapkan kepada ikhwah,sahabat2,rakan taulan yang bersusah payah membantu mengurus perjalanan dan melayan kerenah kami. Juga kepada rakan sepermusafiran Anas,Muhammad Hasbullah n Abdul Rahman Daisuki (man...mana gambar??!!). Korang memang best.

Comments (0)

Post a Comment