Pasukan pemain-pemain yang sujud منتخب الساجدين



Riuh dan bising. Itulah first impression bila melihat pasukan Mesir menang Piala Africa 2010 di Angola. Tapi mereka ada satu keunikan sendiri yang mereka bawa dalam setiap permainan mereka...bersujud setiap kali menyumbat gol. Ganjil bagi sesetengah orang, tapi bukan bagi mereka.






Satu ketika, seorang kawan arab di kuliah pernah menghantar saya pulang ke rumah selepas habis kelas. Seronok bersembang dengannya. Satu point yang dia cakap yang tak dapat saya lupakan " Orang Mesir ni sebenarnya x mudah untuk diajak duduk sekali,bersatu untuk buat sesuatu kerja. Tapi bila mai bab bola, sume benda lain diketepikan". Bila teringat balik, memang ada betulnya.

Bila pasukan Mesir masuk sahaja sesuatu kejohanan, maka sembang bola di kuliah merupakan zikir harian yang membasahi telinga. Pasti sahaja selepas setiap perlawanan, esoknya saya akan ditanya " Kau tengok tak game semalam? Apa pendapat kau?" So menjadi subjek ulangkaji saya untuk study semua perlawanan Mesir...( pernah saya ditanya, " semalam ada 4 gol kan? Sape yang bubuh?" )

لسان الحال أفصح من لسان المقال
" Action speaks louder than words "

Pendakwah yang bijak tidak akan mensia-siakan peluang di depan mata. Pemain Mesir melihat tajmi' (kumpul orang) yang paling ramai dan mudah ialah BOLA. Mereka membawa satu identiti yang menarik ke dalam perlawanan. Mereka merasa 'izzah dengan Islam.



Sebab itu mereka digelar منتخب الساجدين ( Pasukan pemain2 yang sujud ) dan setengah menggelar mereka الفراعنة الساجدين ( Firaun yang sujud ).

Tahniah Mesir!!

p/s : Apakah beza antara muntakhab ( منتخب ) dengan fariiq ( فريق ) ?